Tuesday, 7 August 2012

Resipi Chocolate Chips Cookies (Cookies Monster)


Hi, Assalamualaikum and...

Entry kali ini Lin dah nak start kongsi tentang resipi. Dan kali ini tentang Resipi Chocolate Chips. Resipi ini memamg sangat mudah, dan ringkas untuk orang yang baru nak belajar buat. Paling penting kos pembuatannya sangat murah dan berbaloi, kalau nak buat untuk berniaga, lagi lah digalakkan. Resipi yang diberikan dapat menghasilkan 80 biji cookies. Semua bahan-bahan ini Lin just beli kat Giant je kot dan semua di taja khas oleh En. Husband :)


Bahan-bahannya:



1 buku butter/ majerin
1 cawan gula perang (brown sugar)
2 cawan tepung gandum ( **diayak)
1 sudu besar penaik/ baking powder ( **diayak)
1 sudu kecik vanilla
1 cawan chocolate chips (banyak lagi sedap)
1 sudu kecil garam (sekiranya menggunakan butter sahaja,  jika mengunakan majerin garam tidak diperlukan)

Cara-caranya:


  1. Sediakan bahan-bahan seperti diatas kedalam mug.
  2.  Pukul butter dan gula sehingga kembang.
  3. Kemudian masukkan tepung, esen vanilla dan gaul sebati.
  4. Masukkan garam.
  5.  Masukkan pula chocolate chips dan gaul hingga sebati. gambaran seperti dibawah.

6.  Sudukan ke atas loyang atau boleh buat bulat2 sebesar duit 20sen, seperti dibawah ( tidak   perlukan gris sebab dah Ade butter, letakkan jarak-jarak supaya tidak melekat apabila kembang).


7. Bakar cookies pada 180 degree dengan masa lebih kurang 20 minit mengikut avon
 (  macam saya menggunakan Pensonic), dan gunakan api atas bawah ok.
8. Selepas bakar, tunggu sehingga sejuk baru alihkan pada bekas kedap udara.

** kalau rasa cookies tu berderai, lepas sejukkan cookies tu akan mengeras mcm yang diinginkan.

huh..finally siap jugak..tapi next time buat maybe lin nak kecik kan sikit...sebab yang ni agak besar..ok!! selamat mencube kawan2!!next tiem lin kan buat kek chocolate moist.