Saturday 1 September 2012

Resipi Kek Tiramitsu



hi...sori lambat kali ni update blog sebab sibuk nak raye kan. last week lin sibuk buat kek tiramitsu untuk birthday mama dan ayah. walaupun sibuk dengan final exam, buat jugak. entah macamana la result paper marketing tuh. tak pela yang penting dah lepas. halal la.
berbalik pada kek tiramitsu, kek ni senang sangat nak buat. kalau dulu dok beli kat lua mahai bukan main lagi, satu cup je da RM 3.00 ke RM 4.00. So that rugi je, better buat lagi puas hati. bahan- bahan yang nak kene beli pun banyak kali boleh guna. tanpa buang mase, meh lin kongsi cara nak buat kek tiramitsu nih. da lame buat baru dapat update. sori guys!

Bahan-bahannya:


1. lady finger/ kek span ( tapi better guna lady finger)
2. 250ml whipping cream
3. 25gm cream cheese
4. serbuk koko (ayak kan)
5. 2 serbuk nescafe 3 in 1(tanpa gula)
6. 1 sudu besar esen vanilla
7. 1/2 gelas air panas (untuk bancuhan nescafe)
8. 1/2 cawan gula kastor (ikut kemanisan sendiri ea)

Cara-caranya:

1. masukkan cream cheese


2. campurkan dengan whipping cream
3. masukkan 1 sudu besar esen vanilla
4. masukkan gula kastor, dan kacau dengan kelajuan yang paling perlahan ok


5. bancuh air panas tadi dengan nescafe 3 in 1 tadi (bagi pekat)
6. celupkan depan belakang lady finger dengan air nescafe tadi untuk melembapkannya ( jangan rendam ea)
7. kemudian masukkan lady finger ke dalam bekas khas dan susunkannya (langkah 1)
8. tuangkan bancuhan cheese kita yang tadi atas lady finger (langkah 2)


9. kemudian ulang langkah 1 dan langkah 2
10. kalau nak tebal, ulang lagi langkah 1 dan 2 (macam lin, just buat 2 layer je)
11. ayakkan serbuk koko diatas dan hiasla ok!
12. masukkan ke dalam peti ais, dan biarkan ia keras sedikit selama beberapa jam ok. huh dah siap pun!!


nah!! hamek...dengan encik husband nak tulun..xpela, bagi die can men masak2... hehehhe

                                                 
now time kite pulak interframe :p.gluppp

*** credit to adik ipar iaitu Dr. Fahimah Johari sebab kongsi resepi. tq and love you!

Tuesday 7 August 2012

Resipi Chocolate Chips Cookies (Cookies Monster)


Hi, Assalamualaikum and...

Entry kali ini Lin dah nak start kongsi tentang resipi. Dan kali ini tentang Resipi Chocolate Chips. Resipi ini memamg sangat mudah, dan ringkas untuk orang yang baru nak belajar buat. Paling penting kos pembuatannya sangat murah dan berbaloi, kalau nak buat untuk berniaga, lagi lah digalakkan. Resipi yang diberikan dapat menghasilkan 80 biji cookies. Semua bahan-bahan ini Lin just beli kat Giant je kot dan semua di taja khas oleh En. Husband :)


Bahan-bahannya:



1 buku butter/ majerin
1 cawan gula perang (brown sugar)
2 cawan tepung gandum ( **diayak)
1 sudu besar penaik/ baking powder ( **diayak)
1 sudu kecik vanilla
1 cawan chocolate chips (banyak lagi sedap)
1 sudu kecil garam (sekiranya menggunakan butter sahaja,  jika mengunakan majerin garam tidak diperlukan)

Cara-caranya:


  1. Sediakan bahan-bahan seperti diatas kedalam mug.
  2.  Pukul butter dan gula sehingga kembang.
  3. Kemudian masukkan tepung, esen vanilla dan gaul sebati.
  4. Masukkan garam.
  5.  Masukkan pula chocolate chips dan gaul hingga sebati. gambaran seperti dibawah.

6.  Sudukan ke atas loyang atau boleh buat bulat2 sebesar duit 20sen, seperti dibawah ( tidak   perlukan gris sebab dah Ade butter, letakkan jarak-jarak supaya tidak melekat apabila kembang).


7. Bakar cookies pada 180 degree dengan masa lebih kurang 20 minit mengikut avon
 (  macam saya menggunakan Pensonic), dan gunakan api atas bawah ok.
8. Selepas bakar, tunggu sehingga sejuk baru alihkan pada bekas kedap udara.

** kalau rasa cookies tu berderai, lepas sejukkan cookies tu akan mengeras mcm yang diinginkan.

huh..finally siap jugak..tapi next time buat maybe lin nak kecik kan sikit...sebab yang ni agak besar..ok!! selamat mencube kawan2!!next tiem lin kan buat kek chocolate moist.



Wednesday 11 July 2012

it was great!! when I already start writing blog and babbling : about me


Hye!!! Yes, finally dapat jugak tulis blog seperti yang diidam-idamkan sebelum kawin, tapi sibuk sangat sampai xsempat nak buat. But kali ni, maybe this blog lin just nak share more about my life, food and traveling. Almaklumlah sekarang tengah semangat dan berjinak2 untuk belajar masak kan! Ape pun yang belum kenal lin, lin just share sikit about myself. My full name is Nurul Kaslinda bte Shaari and you can call me Linda! I live at Gombak. I asexual females and the second of three siblings who are women. I am a wife, student and a takaful consultant. I am happy with my life there and most importantly my life filled with happiness and surrounded with love from the people I love, family, family in law, husband and friends. Thanks for the love and thanks to God for awarding them with good health to our family! huh, cukupla rasanye buat first time menulis, penat sudah. hihi..lagipun dah nak petang. kita mau tutup ofis lol! tata


Kacakkan ayah saya!! hhehe nampak garang tapi hati  lembut,
.

Ni la mama kesayangan saya. Muke saya campuran muke mama and ayah, tapi lebih kepada ayah kate orangla. Tapi pe pun saya sayang mama



And ni pulak my husband, Encik Mohammed Iqbal. Picture husband tak boleh letak banyak2, kalau tak penuh blog ni, sebab en husband sangat riang mengambil gambar! 



This is my siblings, dari kiri  ialah kakak saya Nurul Sharidah dan yang sebelah tu adik saya Nurul Syafika.